DIY Bag Lover

Thursday, July 1, 2010

entri hari jadi yg ke-20


assalamualaikum wbt.....

ehem2...
hari ini bufday aku
dengan lafaz bismillahirrahmanirahim....
saye menjejak ke alam 20an

org kate kalau umur semakin meningkat,amal turut meningkt..pengalaman semakin bertambah,hidup pun semakin stabil,saat kematian juga dirasakan semakin dekat...tinggal beberapa tahun sahaja untuk hidup dialam fana ini...wallahualam...adakah aku??

apabila belasan adalah zaman dimana langkah percubaan atau peluang, apabila sudah meningkat kepada puluhan maka semuanye bukan sekadar cubaan or testing...semuanya berbicara tentang tanggungjawab dan amanah yg perlu dipikul oleh aku sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini..

apabila meningkat kealam yg lebih dewasa...fikiran perlulah matang/dewasa....(nasihat sahabat)...
jgn masih berfikiran seperti keanak-anakan..dan mestilah berfikir 2-3 kali sebelum membuat ape2 keputusan..insyaAllah~

akhlak juga perlu dijaga~......lelaki yg baik adalah untuk perempuan yg baik,begitu juga sebaliknye...(surah annur),saat ini,dan masa inilah perlu menjadi manusia yg baik dari segala aspek supaya boleh mendapat jodoh yg telah dijanjikan oleh Allah~

dan kepada sahabt2 handai yg mengwishkan bufday aku,,,sekalung penghargaan buat anda semua....i luv u all~ngee...=)

terimakasih juga,kerna masih ingt bufday ku...walaupun sekadar ucapan,aku masih menghargai kalian semua~......

selamat tinggal umur belasan
ahlan wa sahlan umur puluhan......

p/s: entri hari jadi yg ke 20 tahun..selamat hari jadi pada siti khadijah..(diri sendiri)

Wednesday, June 30, 2010

save our nature~


assalamualaikum......
hye kawan2....kaifa haluk??hope sihat saja ye..
bercerita tentang alam yg diciptakan oleh Allah untuk hamba2 nya....
siapakah kite untuk memusnahkan segala kurniaan dari Allah??
mashaAllah,semoga kite terhindar daripada perkara buruk itu.....
"come to save our nature"...
marilah bersama2 kite prihatin terhadap alam sekitar yg akan kita warisi untuk generasi akan datang..walhualaam~

p/s: pesanan khidmat masyarakat dibawa oleh pencinta ciptaan Allah =)

Wednesday, June 23, 2010

shikin semenanjung 2~


assalamualaikum wbt~

hye.....fuh,baru balik dari bawak shikin n lina jalan2~
pagi td,kami bertolak ke putrajaya,perjalanan mengambil masa 35min,lalu highway..
sampai sane terus pi Alamanda,jalan2...minum2..sambil tgu ali" datang dari petaling jaya~
sambil tgu ali,kami sume pi masuk mph...shikin mok beli buku.
sambil cari2 buku,aku tertarik dengan satu buku yg bertajuk "syahadah gadis Ateis"....keluaran PTS....macam best je buku ni,terus ku ambik dan bayar...dan buku tu ade kt pan ku skrg...tinggal mase nk bace je~tp t la mok kemas barang dlu,t xsyok bace separuh jalan..huhu

td hantr shikin n lina ke putrajaya sentral,dieorg nek monorel ke kl sentral,cousin dieorg tgu kt sne...shikin punyerla teruja nek bende tu haha...sikbek die ade lina..kalo x,xberaninya sorunk2...
bgusla kin,ko kena belajar berdikari skit..hihihi...

oo ya,bru td dapat msg dri shikin.....

die padah,suh nanga barangnya bagi kt aku dibilik yg die tido mlm td.....
ohow......aku nanga ada kucing bah sama blok nombor tulis 1 july....oh ya,my bufday!!!!..hahaha,awl gilaknya bagi kat ku.....btw kin...thanks a lot buddy,syukran enti.....very appreciate it,ngee~

need to stop....huhu,kms brg nk balik mlm ni,dan untuk pengetahuan sume brg tu bukn ku punyer pun....tp brg kakak ku suh bwk balik kelate~ni nk kena mintk upah ni.....

oklah......tata~
xtawla bile bole update blog.....broadband kena block meh=( (kg xde tenet)

p/s: xpat nk upload gmbr terbaru~hmm

shikin di semenanjung~

assalamualaikum~

hye,...hari ini 22hb jun...shikin kawan kamek dtg ctok..
td dalam kul 3.00 pi ambik die kt lcct bersama gan abg aku....pie~
die datang gan lina, kawan sekampung~
lepas ambil dieorg,terus balik umah..makan tghari lewat..huhu habis masuk angin perut dieorg,terlebih makan angin kot~huhu...
kasi dieorg rehat2 dlu~
pas magrib terus siap2 pi i-city Shah alam(tempt byk2 lampu).....cantik oo
xcited shikin pi sane.. die ckp macam mimpi jak berada dictok~huhu
pi sane tangkp2 gambar....posing2...huhu.....wajib,kalau dtg sane xtngkp gambr xsah.

b'4 pi i-city,kami pi makan dlu..kalau xmkn t xde tenaga nk jalan~

best memory together kin!!!!!!....

kalau zati n sidah ikut mesti lagi best!!!
xpela,biar kite jela yg pi kin...huhu..next time ade lagi,insyaAllah
........

ok xtiviti esok......memandangkan esok hari last,ku bwk dieorg pi ronda2 putrajaya,kasi tgok bandar tu~...esok malam gak ku nk balik kelate....balik sorunk lak tu=(....xpela nk wat cmner


ok....jumpe esok di putrajaya~....

peringatan:
*charge battery camera
*bawak tripod

kan best kalau de abg anas,cntik skit gmbr...kuikui.....tp beliau pi honeymoon lak~aiyakk


klah.....dah akhir tok~mataku kelat sudah~
time to sleep~...zzzzzzzzz

Monday, June 21, 2010

manisnya dalam bulan ini (rejab)


Assalamualaikum wbt.......
malam ni aku nk berkongsi mengenai bulan rejab yg skrg kite sedang lalui~..semoga same2 kite mendapat keberkatan di bulan rejab ini..insyaAllah~


Pengertian Rejab

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan. Ia juga membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan.

Masyarakat jahiliyyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab mereka memuliakan dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w iaitu peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Antara peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab ialah :

1. Hijrah Pertama

Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) berlaku kerana pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah s.a.w dan mereka yang beriman kepada Rasulullah s.a.w pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman r.a dan isterinya Ruqayyah anak Rasulullah s.a.w. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra’ dan Mi’raj

Isra’ dan Mi’raj ertinya Rasulullah s.a.w dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah s.w.t untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah s.w.t .

Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama’ mengatakan pada 27 RabiulAkhir, sebahagian mengatakan pada 17 RabiulAwwal, sebahagian yang lain mengatakan pada 29 Ramadhan, ada yang mengatakan pada 27 Rejab dan ada juga ulama’ yang mengatakan selain daripada tanggal-tanggal yang telah disebutkan.Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab sekalipun tidak disertai dengan alas an yang kuat. Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama’.

3.Perang Tabuk

Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah s.a.w dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun dengan kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai kesukaran.

4. Pembebasan Baitul-Maqdis

Baitulmaqdis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab r.a di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan pepecahan umat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan keatas Baitulmaqdis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitulmaqdis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintah Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitulmaqdis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembalioleh panglima Islam terkenal Solahuddin Al-Ayubi. Beliau telah menawan kembali Baitulmaqdis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H Yahudi pila menawan Baitulmaqdis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam As-Syafie r.a

Nama sebenar Imam As-Syafie r.a ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghazah, Pelestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia fiqh. Malaysia mengamalkan mazhab As-Syafie. Diantara peniggalan Imam As-Syafie r.a yang menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab Al-Umm.

p/s: =)

kekanda wedding session~

assalamualaikum wbt...

beberapa gambar yg diketip semasa majlis perkahwinan abg ku~

editing~

assalamualaikum wbt..

malam ni xtaw kenapa...aku gian nk edit~
ini adalah tones kaler yg menjadi pilihan ku mlm ni...


jom kite tgok...