DIY Bag Lover

Monday, November 1, 2010

Jangan Takut Kahwin Awal

cutekan mereka :)


Assalamualaikum wbt....

sebelum tu nk minta maaf,sye cilok artikel org....izinkan saya ye~ hehe

ini dia cerita beliau:

Bagaimana seorang pelajar tahun akhir Universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau tanpa sebarang editing…

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar

bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.


Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

Alhamdulillah...

************************************tammat***************************************
p/s: miss s: kamu bile lagi?
saye: bila ape???
miss s: kawenlaa
saye: err......itu rahsia,ade rezeki dan sampai jodoh saye...insyaAllah kawenla
miss s: ok2..jgn lupe jemput taw
saye: bek2..

Sunday, October 31, 2010

simple quotes~


assalamualaikum wbt..





"akidah sekuat akar, ibadah sebagai makanan dan akhlak seindah budi
."




p/s: ya Allah....kuatkan semangat ku,teguhkan iman ku,sinarkan nur-Mu...sesungguhnya ku hanya berharap pada-Mu.... (",)

Saturday, October 30, 2010

kicap dan telur


assalamualaikum wbt.....

hehehe....smiling make me better"
ya..btul tu,hari ni byk skit senyum sampai naik tegang urat2 pipi ni..hahaha
penangan citer korea~ (gara2 pelakon fabret berlakon)

pasni insaf,xnk tgok drama korea lagi,hbs terabai anak2 dan suami ...aiyak!!
panjang sangt citernye,dahla semangt nk tau ending citer tu~ cant stop watching!!!!!!...


behind story~ slot kicap dan telur... teman dikala susah dan senang beliau :)


p/s: xelok makan kicap dan telur byk2 taw dan xelok tgok drama korea byk2 jugak...=p

*anak dan suami merujuk pada masa depan~

Wednesday, October 27, 2010

cool~

assalamualaikum wbt.....

show u very cool pictha~

kid with nikon~ (kecik2 dah ade dslr,mmg gempak)



cool,kid,children,picture,photography,nikon~

Tuesday, October 26, 2010

.......................................................

(beranilah kalau de sape yg berani buli!!panah bru tau)


assalamualaikum wbt....




Jangan bersedih,kerana D u n i a terlalu H I N A untuk ditangisi"



so sye bersedia untuk tidak menangis dan bersedih!!!...sbb sye tahu ada yang sayang saya sangat2 dan kasih sayang itu tidak dapat menandingi dengan mana2 pun...


semangat2!!!!......



p/s: kalau nangis skit2...xpekan..hehehe (knp hari ni touching2 sangt nih) xcoollah cmni.....0_o

Friday, October 22, 2010

debaran yg kian terasa

tenang dong...jgn ribut2!!!!!


assalamualaikum wbt...

Debaran semakin terasa.(amacam, power x tajuk kali ni....hihi)..sebenarnye xrse lagi nih,
esok gerenti tangan sejuk tahap org eskimo punyer..bukan pe aircond kuat sangat..hikhik
(padahal cuak punye pasal)

mlm ni nk rileks2...practice cakap sorang2 dalam bilik.....dah xbetul ckp sorunk2 dari ptg td...huhu
tp sye ttp cool~tenang...santai,don't panic...

serius sumenye saya serahkan kepada-NYA......hanye mampu bertawakal selepas berusaha keras (sebenarnye xdela keras sangt pun) lalalalala.....walaupun hanya berbelas-belas slide sahaja..tp 10 minit ttp lebih jugak (dah check timing)....

ala...pokoknya jgn ribut2...tenang,cool hahha (ulang ayat sama dri td)...xhabeh2


hmm,i'm searching for someone..but beliau still xtimbul2~........(kesian kt beliau) =p








oklah..xde pe nk tulis dah...nite~



p/s: jgn nk cool2 sangatlah ye~ esok gelabah cam cacing kepanasan lak...parah!!

Thursday, October 21, 2010

peraturan kuno~

kalau pak guard tgok ni,mesti die ckp.."hah tu kucing pun pandai pakai helmet gak.....kamu xde alasan untuk tidak pakai"..............urghh,watever!

assalamualaikum wbt......

selamat pagi semua...

saya menjadi semakin pelik dengan keadaan di kampus nih.
semenjak balik mcm2 perkara pelik yg telah berlaku dan ini telah menjejaskan perasaan dan kestabilan emosi kami semua.....(baru balik praktikal,xtaw pe2 yg berlaku)..

peraturan yg xmsuk dek akal( masuk jugakla skit)..tp....tidak2..xley terima gak walau camner pun

rules 1st: pelajar dikehendaki memakai helmet semasa membawa atau membonceng motor didalam kampus dan luar tidak kira mau ke kk1..kk2...ladang....admin...bilik kuliyah....foodcot....jumpe makcik cleaner,jumpe lembu,ayam,itik,kambing......(ape kejadah tu dalam campus pun mau pakai helmet) adeii..ini yg xley terima..xkan nk pi ladang pakai helmet gak????pakcik guard sila jawab.....


rules due: mesti bawak kad matrik kemana2 sahaja anda pergi sama ada marayau2,pi classs, pi ladang, pi masjid....sbb anytime pak guard akan tnyer kalau beliau terserempak gan anda...hah ini satu peraturan yg kuno.....xpakai,xbawak nk tahu berape die charge....mak ai rm10 cash!!! no hesitate..... gulp.....kalau hari 2kena tahan,korupsi den

rules three: ini lagi satu, masalah lesen...kepada sesiapa yg bwk moto x bawak lesen...anda mmg mencari nahas..even dalam campus pun...ini lagi satu,mmg nk carik pasal..pe kt dalam campus dok wat road blok ramai2..aduyai.....kt luar pun xde polis kisah pun hang bawak lesen ke x...rileks je..dendanye ialah rm45....nk diskon pi pujuk bapak pak guard...ramai yg sudah menjadi mangsa

mmg keciwa sungguh,,, mne nk cari helmet nih??? (T-T)

p/s: nik: ct kau kena beli helmet gak sem pan....
saya: xmo, ku nk pakai serban..amacam ok x?....(ke nk saman gak)


saya xsuke pakai helmet (itu fakta yg tepat)*