DIY Bag Lover

Saturday, November 20, 2010

creative idea!!

assalamualaikum wbt..

ini adalah beberapa foto yg menarik...mmg semat dan kreatif

jom tgok!!
mengambil paku sebagai model [murah dan mudah didapati dengan banyak] :D..mmg cun!!
ini pula idea yg bgus jugak,mmg bgus tuk spe2 yg pandai melukis...[nk buat cmni tp,nk lukis pokok pun xpas] =.=


ini adalah beberapa...byk lagi yg pelik2 dan creative sesangt2...


spe2 yg ade idea2 best,kreatif dan giler2 mehla share!! (n-n)



p/s: entri gmbr2



Saturday, November 13, 2010

syok tengok tb

assalamualaikum wbt....


jam menunjukkan pukul 11.50pm....
and both of my sister still watching tb....ish2,nabil belakon pun tgok.
dahlah esok depa2 ni keje dan sekolah, xreti nak tidoq ke??
lenlah saya ni,xsekolah,xkeje,dok rumah je...boleh santai2,rileks2.....ahaks,jgn jeles.....hihi




goodnite....[mimpi manis:tidur ketat] :)

scoopy

yassalamualaikum wbt...


hye.....(^_^)"


dalam 2 -3 hari ni dok bukak new post nih...
tp idea tidak terkeluar2 untuk dicurahkan keladang gandum.....dan jadilah coco crunch!!!

xsuke coco crunch, manis sangat,
time kanak2 ribena je suke makan benda alah tu..sedap kot~


hehe...hari ni tibe2 teringin nk menyambung hasrat untuk mengambil lesen motor..
ini sume gara2 si Scoopy!!!
kerana DIE lah,saya semangat untuk mengambil lesen motor dengan segera,.........
tp....


apakan daya,hanya mampu untuk bercakap, semua keputusannya ada ditangan bokap gue"....
abi....please,benarin gue dong!!! (tibe2 dok speaking indon lak)
lor..knp bokap gue ngak benarin gue mengambil lesen motor ya?????? ini menyebabkan gue hangin satu badan... 0_o



tingtangtingtung.....
kamu tau x,bahaya kot dok bawak motor kt jalan raya..dahla segala transportation dok ke hulu ke hilir,bukannye kecik,sume beso2 gajah...lori,treler,kete,jeep,hilux,traktor,bajak,basikal,kete sorong (eh itu kt ladang)....dan blablablabla....kang mereka2 dok seret hang sape susah????bahayela sayang oii


bayangkan scoopy dengan gadis yg comel dilanyak,diseret,dilanggar,ditepis,diterajang,di ape lagi.......arghh no!!!!!!!(T.T)!!!!!!!!!!
(bayangan yg tragis)


ala...kalau nk xcident nk buat cmner,dah takdir Allah swt...kalau naik kete pun bole xcident jugak,makcik jalan kaki pun bole terlibat jugak...naaa,pak mail hujung kg tu pun bole dushdush jugak...blablablablaba (dalam hati ini berkata2)

hmm...............yela2...(pasrah)
.


alahai si scoopy...




p/s: xpe....tahun depan bentangkan semula kes ini...lalalalala

Sunday, November 7, 2010

pulang ke mudik

assalamualaikum wbt..


alhamdullilah( bangun pagi dan masih diberikan nyawa untuk terus menjalankan hidup diatas muka bumi ini)

hari tok mek pulang ke kampung mek
mudahan selamat sampai dengan selamat,amin......

xtawla t balik kg dapat update blog ke x,hai maklumlah tenet xsure ade ke x..

kawan ckp: ala nme pun djah,kalau xde tenet pasti cari jugak walau camnepun...haha,kalau dok dalam utan cmner??haaa....

aha sebenarnye mmg pun,sedaya upaya untuk on9..tp t tgokla kalau rjin akan disedaya upayakan untuk mencari..hihihihi

lalalalaalala..
k out dlu,sudah mau pegi....

dont missing2 asam boi~


p/s: asam boi...aiskrim yg sedap

Tuesday, November 2, 2010

bukan homesick..SICKHOME" I'M be sick........

ye....sye mmg nk wat cmtu.....tp apekan daya.heheh






assalamualaikum wbt.....


lalalalalalala....
kalau hari2 mcm nie,dok bertapa dalam rumah....bole jadi phyco!!!!!
mmg berfoya2 merupakan tranquiliti yg sangat2 masyuk dan best...itu pasti!!
tp kalau dah hari2 cmni,keep doing the same things,

solat sorunk2
makan
sorunk2
tido sorunk2
masak sorunk2
gelak sorunk2
cakap sorunk2
kemas rumah sorunk2
bace buku sorunk2
men tenet sorunk2

pokoknya sumela sorunk2...hmmm bole jadi bingung lho~


















dlu homesick....now i'm be sick with home"






















mmg xbersyukur org ini..
(T-T)


p/s: jumaat ni pi outing....akhirnya!!

suara sumbang: kamu tu anak dara,xelok kuar2 selalu...
"ye2....baik,sye taw tu"

Monday, November 1, 2010

mmg xde keje~

assalamualaikum wbt....

time free2...inilah kerja saya kalau korang nk tau..

pa yg ku polah tok 0_o??

c my pitcha...
original home:made

n for more pitcha just click here!

Jangan Takut Kahwin Awal

cutekan mereka :)


Assalamualaikum wbt....

sebelum tu nk minta maaf,sye cilok artikel org....izinkan saya ye~ hehe

ini dia cerita beliau:

Bagaimana seorang pelajar tahun akhir Universiti yang hampir bunuh diri kerana depresi setelah ditinggalkan kekasih mengubah kehidupannya 180 darjah menjadikannya insan yang paling bahagia di muka bumi ini dengan perkahwinan di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari hati dan mata pena beliau tanpa sebarang editing…

Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?”

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami “declare”, untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar “cinta rebound”, tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

“Seganlah. Nanti orang kata apa.” .. “Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran”. Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar

bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.


Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

Alhamdulillah...

************************************tammat***************************************
p/s: miss s: kamu bile lagi?
saye: bila ape???
miss s: kawenlaa
saye: err......itu rahsia,ade rezeki dan sampai jodoh saye...insyaAllah kawenla
miss s: ok2..jgn lupe jemput taw
saye: bek2..